Ini maklumat mengenai globalisasi dalam pendidikan...
DEFINISI GLOBALISASI
DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran telah diperkenalkan seperti:
1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.
Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:
1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.
2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastic kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.
3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".
4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi:
a) kewangan
b) motivasi dan dorongan
c) pengiktirafan
d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan
e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.
5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.
IMPAK GLOBALISASI
KESAN GLOBALISASI
Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali.
Natijah daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini menjadi terbuka kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti asing di sini. Sudah tentu peluang yang sebegini akan diambil oleh universiti luar, terutamanya yang terkemuka dan berprestij. Mereka akan membuka cawangannya di negara ini. Walaupun cara ini merupakan suatu persaingan yang sihat, namun institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang besar kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal seperti ini telahpun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbanding graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga, IPT tempatan akan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya IPTS yang bersaiz kecil.
Kesan globalisasi ini juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.
Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.
Selain itu, pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Han ini hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.
Kesan seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu semakin terhakis. Hal ini demikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri. Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhi tugasan yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Akibatnya, kemahiran yang mereka miliki mungkin akan digunakan untuk tujuan negatif seperti melakukan pecah amanah, menipu dan sebagainya.
Walaupun demikian globalisasi juga membawa beberapa kesan negatif terhadap duniapendidikan. Antaranya ialah:
1. Negara-negara kaya akan mengambil peluang menindas negara-negara yang lemah untuk merampas peluang dan sumber yang ada bagi memajukan sistem pendidikan negara mereka sendiri.
2. Berlakunya ketidakadilan dalam sesuatu perkongsian kerana segala keputusan yang berat sebelah akan dibuat oleh negara-negara yang sudah maju.
3. Memerlukan pemantauan yang mendalam dari aspek permasalahan anti sosial.
4. Perubahan dari segi sistem pendidikan akan berlaku akibat daripada permintaan pasaran tenaga kerja dan pengeluaran nilai tambah yang tinggi terhadap sesuatu barangan pengguna. lni bertentangan dengan matlamat dan peranan yang ingin didukungi sesebuah institusi pendidikan, khususnya universiti.146 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)
5. Dalam percubaan untuk memenuhi kehendak global, sesuatu polisi pendidikan yang lama terbentuk akan tersasar dari matlamat sebenamya untuk memenuhi tuntutan sektor awam tempatan. Pendidikan hanya dilihat sebagai komoditi ataupun pelaburan dan bukan lagi sebagai resipi kehidupan yang sempuma. Oleh sebab itu, pendidikan akan menjadi kurang liberal kerana sentiasa dikawal oleh kehendak pasaran.
LANGKAH YANG DIAMBIL KERAJAAN
NOTA TAMBAHAN
VIDEO
No comments:
Post a Comment